Jenazah Muhammad Adib disolatkan di Masjid Hadhari

Jenazah Muhammad Adib disolatkan di Masjid Hadhari

JENAZAH Muhammad Adib Hazim Halim dibawa ke Masjid Hadhari untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Jerteh, Terengganu, malam ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Kira-kira 300 jemaah terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan penduduk menyertai solat jenazah Muhammad Adib Hazim Halim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.

Terdahulu, jenazah Muhammad Adib  tiba di Masjid Hadhari, Jertih, di sini, kira-kira pukul 10.45 malam sebelum disolat dan diimamkan oleh Mat Jaih Namat, 55, yang juga imam di masjid tersebut.

Jenazah kemudian dibawa ke Kampung Pasir Badak, Hulu Besut untuk urusan pengebumian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN