Jefri Nichol jarang ‘clubbing’ sejak bercinta dengan Ameera Khan - Utusan Malaysia

Jefri Nichol jarang ‘clubbing’ sejak bercinta dengan Ameera Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol mengakui sudah jarang mengunjungi kelab malam sebaliknya lebih suka menghabiskan waktu di rumah sejak bercinta dengan pempengaruh, Ameera Khan.

Menurut Jefri, perubahan itu berlaku secara tiba-tiba dan bukannya kerana didesak teman wanita.

“Keluar malam, merokok, pergi ‘clubbing’ pun sudah sangat kurang sejak bercinta dengan Ameera.

“Bukan sebab dia yang minta tapi semua itu lahir daripada diri sendiri.

“Saya lebih sering berada di rumah sahaja,” katanya menerusi satu temu ramah di rancangan audio siar Curhat Bang Denny Sumargo.

Pernah menjalin hubungan cinta dengan enam wanita lain, pelakon Dear Nathan itu mengakui Ameera satu-satunya gadis yang boleh mengubahnya menjadi lebih baik.

“Rasanya kali ini saya mahu serius sebab Ameera memang sangat baik dan layak mendapatkan yang terbaik buat dia dan keluarga. Saya mahu menjadi orang itu.

“Hal paling romantis yang saya lakukan mungkin telefon sampai 48 jam tanpa putus, kadang sampai berhari-hari.

“Dalam perhubungan lalu saya ada masalah komunikasi. Selalunya kalau ada pergaduhan saya akan menghilang untuk tenangkan diri.

“Tapi Ameera ajar kalau ada perkara yang tidak selesai, perlu dibincang hari itu juga supaya tak bawa ke masa depan,” ceritanya.

Tambahnya lagi, selain komunikasi, kunci kepada perhubungan adalah rasa prihatin
terhadap perasaan pasangan.

Oleh itu, Jefri tidak menafikan ada berbincang mengenai keterbukaan Ameera sekiranya dia ditawarkan berlakon adegan dewasa di mana-mana filem.

“Saya rasa lebih selesa dengan Ameera kerana mengubah saya menjadi lebih baik. Selain itu, saya lebih banyak fikir tentang tanggungjawab terhadap perasaan pasangan.

“Ada juga kami bercakap tentang sekiranya saya ditawarkan berlakon adegan dewasa. Dia memberi saranan lebih baik jangan lakukan.

“Tidak manis kalau sudah berpasangan tapi kita melakukan adegan begitu di suatu projek.

“Akhirnya ‘meme’ yang suami takut isteri itu saya boleh faham,” katanya ketawa.

Terdahulu, Jefri berkongsi pengenalannya dengan Ameera bermula apabila masing-masing saling mengirim pesanan menerusi Instagram sejak 2021 selain mula rapat pada 2024. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN