Janna Nick fokus perjuangan ‘dua garis’

Janna Nick fokus perjuangan ‘dua garis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon, Janna Nick mengakui industri hiburan bukan lagi fokus utamanya buat masa kini.

Menurut Janna, kegiatan seninya semakin perlahan kerana dia berada dalam fasa perjuangan ‘dua garis’ atau memiliki zuriat bersama suaminya, Dini Schatzmann.

“Sekarang ini kalau orang tengok Janna Nick macam dah tak ada. Saya memang kalau boleh fokus bukan lagi dalam industri hiburan.

“Fokus saya memang untuk dapatkan zuriat. Kalau ada, insya-Allah,” katanya dalam sebuah program televisyen.

Tidak berputus asa mengejar rezeki Tuhan, pelakon drama Pinjaman Syurga itu juga terbuka memaklumkan dirinya juga dalam proses mencuba untuk hamil (TTC).

Kata Janna, dia tidak segan untuk berkongsi perkara itu secara terbuka agar orang ramai lebih sensitif untuk bertanya tentang perihal zuriat.

“Saya memang aktif beritahu kepada orang, saya tengah TTC supaya orang elak untuk bertanya sebab saya tengah cuba.

“Bila kita tidak beritahu, orang bertanya, kita akan terasa.

“Kita kena beritahu ‘Saya tengah cuba mak cik, sabar’,” jelasnya.

Sebelum ini, Janna pernah menangis teresak-esak meminta orang ramai berhenti mengajukan soalan tentang zuriat.

Janna juga mendedahkan dia pernah menjalani rawatan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun gagal.

Untuk rekod, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN