IPOH: Jalan Gerik–Jeli yang merupakan lokasi nahas tragis mengorbankan 15 nyawa kelmarin wajar diklasifikasikan sebagai laluan berisiko tinggi kerana dikenali sebagai laluan berbukit, berselekoh tajam dan berkabus terutama waktu malam. Penganalisis pengangkutan, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar berkata, sebarang penggunaan pengangkutan khususnya yang membawa pelajar di laluan itu perlu disemak melalui sistem laluan risiko yang dikendalikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Katanya, perjalanan…