GEORGE TOWN : Isu keselamatan serta penambahbaikan infrastruktur jalan di laluan Timur-Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri esok. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeriannya memandang serius kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas yang mengorbankan sehingga 15 nyawa semalam dan menegaskan, perlunya tindakan segera diambil bagi meningkatkan keselamatan di laluan berkenaan. “Perkara ini akan saya bangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok untuk…