Isteri Fikry Ibrahim fail cerai hari ini? - Utusan Malaysia

Isteri Fikry Ibrahim fail cerai hari ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru sahaja berkongsi momen bahagia beberapa hari lalu, isteri kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan dikhabarkan telah memfailkan perceraian terhadap suami di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Khabar tersebut sekali gus mencetuskan tanda tanya sama ada rumah tangga pelakon itu sedang retak menanti belah meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga empat bulan lalu.

Menjengah kepada beberapa laporan media, isteri pengacara Melodi itu telah hadir ke mahkamah bersama peguam syarie yang dilantik, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.

Difahamkan sebutan tuntutan dan permohonan perceraian itu berlangsung pada jam 9 pagi di hadapan hakim syarie Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Namun, kelibat Fikry dikatakan tidak kelihatan sehingga pukul 10 pagi.

Khabarnya, rumah tangga pasangan itu sudah mula dingin sejak Mei lalu sekali gus menjadi punca hubungan mereka semakin goyah.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Kedah.

Menurut Fikry, dia tidak berniat merahsiakan perkahwinan kerana enggan menghebahkan perkara belum pasti.

Bagaimanapun, ini merupakan perkahwinan kedua untuk Khalizah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN