PETALING JAYA: Pelakon, Wawa Zainal, hairan apabila anaknya, Hayla Magfiraul Adzkiyaa tiba-tiba mengalami sesak nafas.
Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, gusar sekiranya sakit yang dialami anaknya itu adalah disebabkan penyakit ain iaitu sakit bersifat ghaib kerana pandangan manusia yang takjub atau cemburu.
Tambahnya, kejadian sering sakit ini juga terjadi selepas perniagaan anaknya mengusahakan kek batik sehingga menerima lebih 500 pesanan diperkatakan.
“Kesian anak mama tiada kahak pun tapi sesak nafas . Dia kata susah nak bernafas, saya pun tak pasti adakah ini dinamakan penyakit ain?
“Saya minta maaf dan ampun sangat-sangat kalau kehadiran kek batik Hayla membuatkan ada pihak kurang senang.
“Alhamdulillah saya sudah pulih selepas kena gastrik teruk kelmarin, tapi Hayla pula ganti sesak nafas,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Bimbang sekiranya keadaan berlarutan, pelakon Sabda Kekasih itu turun meminta pendapat orang ramai mengenai cara melindungi diri daripada penyakit ain.
“Anda ada tak amalan untuk menghindarkan ain?Janganlah minta kami tidak buat ‘posting’ apa-apa.
“Sebagai usahawan, kami adalah muka hadapan yang kena promosikan perniagaan.
“Kalau diberi pilihan tak ‘posting’ apa-apa, memang saya nak. Tak ada media sosial pun tak apa.
“Tapi apa daya, siapa lagi nak promosikan jualan kalau bukan kita sendiri,” tambahnya.
Terdahulu suami kepada Wawa, Aeril
Zafrel turut melahirkan kebimbangan serupa apabila anak dan isterinya sering jatuh sakit
Sebelum ini juga Aeril memaklumkan isterinya terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami gastrik teruk menyebabkannya tidak dapat berjalan. -UTUSAN