Individu buat fitnah silalah perbaikilah diri - Anwar Amzah terus bernyanyi - Utusan Malaysia

Individu buat fitnah silalah perbaikilah diri – Anwar Amzah terus bernyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun pernah terpalit kontroversi kononnya menjalin hubungan cinta dengan isteri orang, pemuzik, Anwar Amzah memastikan tuduhan tersebut tidak mematahkan azamnya bergelar penyanyi.

Jelas Anwar, khabar angin yang berlegar itu adalah sebuah fitnah dan dia enggan melayan sebarang usaha pihak tertentu yang cuba menjatuhnya reputasinya.

“Kontroversi itu hanyalah tuduhan sahaja dan ia tidak betul. Saya rasa orang buat fitnah itu sudah boleh perbaiki diri.

“Ia (kontroversi)  tak menggangu saya, saya hanya bersikap profesional dan tak fikir tentang gosip. Saya masih bekerja dengan individu itu. Mereka adalah kawan profesional saya.

“Lagipula industri ini sangat kecil. Kita akan jumpa mereka juga di tempat kerja atau studio.

“Saya tak rasa perkara itu perlu menghalang saya menjadi penyanyi, saya tak malu pun,” katanya.

Anwar ditemui Utusan Malaysia di majlis pelancaran single Imaginasi di sini, semalam.

Dalam masa sama, anak jati Kluang, Johor itu melangkah ke fasa baru daripada  pempengaruh permainan gitar fingerstyle kepada penyanyi profesional.

Anwar tampil dengan single terbaharu ciptaannya sendiri bertajuk Imaginasi.

“Saya sangat serius dengan muzik, sejak umur 5 tahun saya sudah bermain gitar. Kini saya beranikan diri untuk bernyanyi,” tambahnya.


Sepanjang kerjaya, Anwar sudah pernah menjalin kerjasama dengan Hael Husaini, Marsha Milan, Khai Bahar, Syamel, Ernie Zakri serta penyanyi Indonesia Dato’ Sri Rossa, Mahalini, Govinda, Keisya Levronka, Bernadya dan Fabio Asher. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN