MELAKA: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membuka klinik dan menjalankan amalan pergigian secara haram, tahun lalu. Orang kena saman (OKS), Nur Shafikah Razali, 26, membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Haderiah Siri. Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS didapati telah menyediakan suatu klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 8.25 malam di sebuah premis rumah kediaman bernombor di Jalan Seri Duyong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya