KOTA BHARU: Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menganiaya anak perempuannya dengan membiarkan remaja berusia 16 tahun itu dirogol kekasihnya di sebuah rumah, dekat sini, dua minggu lalu. Tertuduh yang berusia 44 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menganiaya anaknya yang berusia 16 tahun tujuh bulan ketika kejadian daripada aspek seks apabila membiarkan remaja itu dirogol semasa berada di dalam pengawasannya. Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di sini kira-kira pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya