Ibu biarkan teman lelaki perkosa anak

Ibu biarkan teman lelaki perkosa anak

Pegawai polis jatuh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Demi ingin memenuhi keinginan teman lelaki, dipercayai menjadi motif seorang ibu kandung sanggup membiarkan kekasihnya merogol anak berusia 13 tahun pada tahun lalu. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, siasatan pihaknya mendapati motif sebenar wanita berusia 36 tahun membiarkan teman lelakinya merogol dan merancang mengulangi perbuatan terkutuk itu kerana ingin memenuhi keinginan lelaki itu. 

“Setakat ini seramai lima individu telah diambil keterangan termasuk kedua-dua suspek. 

“Mangsa yang masih bersekolah dijadual diambil keterangan di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki warga emas bersama kekasihnya diberkas pada Jumaat disyaki terlibat dalam kes rogol melibatkan remaja perempuan di sebuah rumah di Pandan Indah di sini.

Mohd. Azam berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa pernah dirogol oleh teman lelaki ibunya pada tahun 2024 dan kejadian itu turut disaksikan ibunya sendiri.

“Siasatan mendapati mangsa ketakutan sebelum bertindak keluar rumah setelah mendapati satu perbualan antara ibu dan teman lelaki ibunya untuk berjumpa di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Perbualan tersebut menunjukkan niat teman lelaki ibunya mahu merogol dan telah dibenarkan oleh ibu mangsa sendiri,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan kemudian membawa kepada tangkapan dua individu warga tempatan masing-masing merupakan wanita berumur 36 tahun dan lelaki berumur 61 tahun oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya, Jumaat lalu. 

“Semakan terhadap kedua-dua suspek yang diberkas kira-kira pukul 6.30 petang itu mendapati kedua-dua suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berniaga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×