HPPNK 2025 di Sabah sasar 500,000 pengunjung, RM100 juta nilai jualan

HPPNK 2025 di Sabah sasar 500,000 pengunjung, RM100 juta nilai jualan

MOHAMAD Sabu (dua kanan) melawat pameran selepas Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Kota Kinabalu, Sabah pada Ogos depan menyasarkan kehadiran lebih 500,000 pengunjung.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga menyasarkan RM100 juta nilai jualan sepanjang tiga hari sambutan bermula 1 hingga 3 Ogos itu yang akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

“Sambutan HPPNK akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diraikan dengan lebih istimewa bersempena ulang tahun jubli emas yang menandakan 50 tahun penganjurannya sejak mula diperkenalkan pada tahun 1975.

“HPPNK adalah acara berprestij anjuran KPKM dan dijangka menghimpunkan warga peladang, penternak dan nelayan dari seluruh negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025, di sini hari ini.

Katanya, sambutan HPPNK pada kali ini mengangkat tema ‘Kudrat Kami Menjamin Pertiwi’ yang menggambarkan semangat dan tanggungjawab para peladang, penternak dan nelayan.

Mohamad berkata, terdapat 18 segmen dalam empat fokus utama dalam sambutan HPPNK edisi kali ini iaitu Agro Millenia, Cukup dan Terjamin, Sejahtera MADANI dan Jualan dan Keusahwanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN