Harap dapat watak berlainan - Irfan Zaini - Utusan Malaysia

Harap dapat watak berlainan – Irfan Zaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Irfan Zaini berharap selepas ini dia diberi lebih banyak peluang untuk melakonkan watak yang berlainan dan lebih mencabar.

Kata Irfan, cara itu membolehkan dia membuktikan bahawa dirinya pelakon yang versatil.

“Saya tidak mahu jadi pelakon stereotaip, yang berulang kali diberikan watak yang sama sahaja.

”Harapnya penerbit atau pengarah nampak sisi versatility dalam lakonan saya.

”Malah dalam filem saya yang akan datang, saya terima untuk lakonkan karakter lelaki berusia sebab watak itu lain dengan yang pernah saya bawakan sebelum ini.

”Biarlah watak kecil sekalipun, asalkan ia berlainan dan lebih mencabar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini gembira dengan perkembangan dunia drama dan perfileman tempatan yang semakin disertai ramai penggiat bukan Melayu.

”Industri kita semakin meraikan kepelbagaian bangsa, budaya dan bahasa.

“Saya gembira apabila ada pelakon bukan Melayu yang berpeluang melakonkan watak Melayu.

”Saya percaya pasaran filem kita akan meluas kalau masyarakat kita meraikan filem kita sebagai filem Malaysia.

”Tapi untuk mencapai matlamat itu, penulis tempatan perlu hasilkan lebih banyak cerita tentang ‘orang Malaysia’,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN