GEORGE TOWN: Kejadian sebuah pesawat syarikat penerbangan, ‘Harimau Kumbang Air’ yang terhempas sebelum terbakar di Lapangan Terbang Pulau Pinang (LTAPP) di sini sebenarnya merupakan simulasi khas kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana. ‘Insiden’ tersebut membabitkan pesawat jenis Boeing 738 dengan 134 orang penumpang, di mana lima penumpang dilaporkan ‘terkorban’ manakala selebihnya termasuk dua juruterbang dan empat kru kabin pula ‘terselamat’. Latihan kecemasan berskala penuh yang dinamakan ‘Ex Harimau Kumbang’ itu melibatkan pesawat…










