Enam wanita Afrika tawar khidmat seks di Bukit Bintang ditahan

Enam wanita Afrika tawar khidmat seks di Bukit Bintang ditahan

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam wanita warga asing disyaki menjalankan aktiviti persundalan di sekitar Bukit Bintang menerusi Op Noda awal pagi tadi. 

Serbuan kira-kira pukul 4 pagi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, operasi dilakukan hasil risikan terhadap kegiatan yang dikesan berlaku secara terbuka di Jalan Changkat, Bukit Bintang. 

Kesemua tangkapan yang berusia antara 22 hingga 30 tahun itu terdiri daripada tiga wanita warga Nigeria, dua dari Uganda dan seorang dari Senegal.

“Mereka dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM50 setiap sesi sebelum membawa pelanggan ke bilik di sekitar kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Datuk Rusdi, semua wanita berkenaan dipercayai masuk ke negara ini sebagai pelancong dan menjalankan kegiatan secara bebas tanpa pengawasan pihak ketiga. 

Aktiviti dipercayai bermula dari pukul 8 malam hingga 5 pagi dengan sasaran utama warga asing dan pelanggan tetap.

Kesemua individu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan hanya memberi maklumat lisan ketika ditahan. Antara barangan yang dirampas ialah enam kondom dan wang tunai RM300.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN