KOTA TINGGI: “Emak rebah dalam dakapan saya sebelum disahkan meninggal dunia.” Demikian cerita Muhamad Haikal Hassan, 36, anak kepada Allahyarhamah Jamaliah Masron, 68, jemaah haji ke-11 negara ini yang meninggal dunia ketika menunaikan Rukun Islam kelima kelmarin. Jamaliah yang merupakan pesara guru dan berasal dari Taman Kota Jaya, di sini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.05 petang (waktu tempatan) di Klinik Kecemasan Bangunan Abraj Janadriyah, kelmarin akibat serangan jantung. Muhamad Haikal yang juga seorang guru di Pasir Gudang berkata, ibunya pernah dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) pada minggu kedua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya