EAIC dapati pegawai AADK ada kesalahan jenayah lepaskan individu positif dadah semasa serbuan

EAIC dapati pegawai AADK ada kesalahan jenayah lepaskan individu positif dadah semasa serbuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beberapa pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan didapati melakukan kesalahan melepaskan beberapa individu yang didapati positif dadah semasa operasi serbuan pada 8 Mac 2023.

Perkara itu didedahkan menerusi hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) selepas aduan diterima pihaknya berhubung dakwaan kesalahan itu semasa serbuan operasi di Kampung Felda LBJ, Labu, Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan EAIC, terdapat keterangan yang menunjukkan beberapa individu yang didapati positif dadah semasa serbuan tersebut telah dilepaskan, yang mana perbuatan tersebut merupakan kesalahan di bawah seksyen 221 Kanun Keseksaan.

“Beberapa orang pegawai AADK didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) AADK yang berkaitan semasa melaksanakan operasi tersebut.

“Siasatan ini dijalankan berdasarkan kepada aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700],” katanya hari ini.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk dapatan perlakuan jenayah kepada Pendakwa Raya menurut subperenggan 30(1)(c) Akta 700.

Ini termasuk merujuk dapatan berkaitan kesalahan tatatertib oleh pegawai-pegawai AADK terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dengan syor hukuman tatatertib menurut subperenggan 30(1)(b) Akta 700. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN