BESUT: Dua jenazah mangsa kemalangan maut yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, paling awal tiba di rumah keluarga masing-masing pada 10.30 malam ini.
Mayat Wan Nur Suhaila Wan Mohammad, 22, terlebih dulu dibawa ke rumah keluarganya untuk penghormatan terakhir dan disolatkan di Masjid al- Mukhlisin Kampung Amer, Kampung Raja, dekat sini.
Jenazah Wan Nur Suhaila dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Amir. Sementara jenazah Muhammad Adib Hazim Halim, 21, dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Pasir Badak, dekat sini.
Sementara itu, jurucakap Masjid Hadhari berkata, 13 lagi jenazah dari Hospital Ipoh masih dalam perjalanan dan dijangka tiba di pekarangan masjid berkenaan pada pukul 2 pagi ini untuk solat jenazah sebelum dihantar ke rumah keluarga masing-masing bagi pengurusan selanjutnya.
“Ahli khariah akur dengan permintaan keluarga dua mangsa untuk menyegerakan proses pengebumian pada malam ini,” katanya. – UTUSAN