Doakan kesihatan ibu saya - Tony Eusoff - Utusan Malaysia

Doakan kesihatan ibu saya – Tony Eusoff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Tony Eusoff, memohon seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan kesihatan ibunya yang perlu menjalani sesi fisioterapi selepas terjatuh dari pangkin rumah di Sarawak. 

Gusar dengan keadaan ibu yang sudah berusia lebih 70 tahun, Tony membuat keputusan untuk memindahkan ibu ke Kuala Lumpur demi memastikan kebajikannya lebih terjaga. 

“Ibu saya memang suka bercucuk tanam, tambahan pula kehidupan berkebun itulah yang membuatnya sihat. Cuma ada satu hari itu dia terjatuh dari pangkin.

“Mujur dia seorang yang kuat. Bila pergi buat imbasan X-ray tiada tulang patah atau cedera. Cuma lebam sahaja yang ambil masa untuk pulih.

“Tempoh hari saya ada pulang ke Sarawak untuk bawanya ke Kuala Lumpur. Tapi dia belum boleh duduk lama-lama. Jadi kali ini rasanya adalah masa yang tepat untuk bawanya ke KL bagi menjalani rawatan fisioterapi,” katanya. 

Tony berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana Mencari Ramlee di GSC Midvalley Megamall, baru-baru ini. 

Ujar Tony atau  Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 48, dia lega kerana sebagai anak, dia boleh memantau keadaan kesihatan ibu selain memastikannya mendapat rehat yang cukup. 

“Sebelum ini kalau di Sarawak, sepupu saya yang akan tengokkan ibu. Tapi saya dimaklumkan ibunya juga disahkan menghidapi demensia. 

“Saya tidak mahu bebankan dia. Ada hulurkan juga bantuan, belanja duit minyak orang kata. 

“Jadi, apabila ibu sudah berada di Kuala Lumpur setidaknya saya boleh jaga. Kebetulan adik saya pun tinggal serumah dan dia boleh tengokkan jika saya keluar ke set penggambaran. 

“Saya sedang aturkan sesi fisioterapi untuk ibu. Pada masa saya mahu dia berehat. Minta semua doakan kesihatan ibu saya ya,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Tony bakal tampil dengan lakonan terbaharu dalam Mencari Ramlee sebagai Zakaria. Ia mengisahkan tentang seorang peniru gaya (impersonator) P. Ramlee yang mempunyai masalah kewangan dan mempunyai kesukaran untuk mendapat kerja kerana populariti P. Ramlee yang sudah merudum. 

Mencari Ramlee akan mula ditayangkan di Malaysia pada 19 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN