Desa Kirana@KKDW tarikan Tahun Melawat Malaysia 2026

Desa Kirana@KKDW tarikan Tahun Melawat Malaysia 2026

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebagai tarikan kepada tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan hari ini meluncurkan program baharu Desa Kirana @KKDW di mana ia merupakan penjenamaan semula daripada homestay Inap Desa yang pernah dilaksanakan sebelum ini. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merupakan satu inisiatif baharu dirancang Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti (EK) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebagai program game changer (pengubah keadaan) bagi 2025. 

Malah katanya, program tersebut turut meletakkan fokus dalam memperkukuh ekosistem pelancongan desa yang lestari.

“Program ini mempakejkan tarikan pelancongan sedia ada di sesebuah kawasan terutamanya di bawah program-program KKDW dan agensi di bawah KKDW. 

“Ia juga akan dipromosikan dalam secara komprehensif sebagai tarikan untuk pelancong dari dalam dan luar negara, termasuk golongan digital nomad yang bercadang untuk menetap secara sementara di lokasi Desa Kirana @KKDW yang menyediakan keperluan untuk golongan ini,” katanya di sini, hari ini. 

Malah menurut Ahmad Zahid, program ini bertujuan bagi memperbaiki jurang pembangunan dan ekonomi antara bandar dan luar bandar, menangani isu penghijrahan belia ke bandar, serta memperkenalkan keunikan kampung-kampung di Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Pada masa ini, dua lokasi telah dipilih bagi pelaksanaan pakej Desa Kirana @KKDW berdasarkan potensi tinggi dari segi penawaran produk pelancongan desa iaitu Kampung Pulau Tajung Surat, Johor dan Kampung Lonek, Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN