Daya tarikan Salman lebih besar - Kajol - Utusan Malaysia

Daya tarikan Salman lebih besar – Kajol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DELHI: Pelakon, Kajol, 50, menyifatkan aura dan daya tarikan pelakon Salman Khan lebih besar berbanding Shah Rukh Khan dan Amir Khan.

Perbandingan itu dibuat apabila Kajol yang menjadi tetamu rancangan Galatta India memberikan pandangannya mengenai ketiga-tiga bintang tersebut.

“Salman adalah Salman, anda tidak boleh persoalkannya. Saya kagum dengannya kerana dulu sampai sekarang,  dia tetap sama.

“Bahkan Amir juga pernah mengakui Salman adalah bintang yang lebih besar daripadanya kerana filemnya tetap laku dan sentiasa digilai peminat,” katanya.

Kajol sebelum ini pernah bekerja dengan Salman menerusi beberapa filem antaranya Kuch Kuch Hota Hai dan Dilwale Dulhania Le Jayenge.

Dalam masa yang sama Kajol turut meluahkan rasa kagum terhadap ketiga-tiga bintang Bollywood itu yang sampai ke hari ini bertahan dengan disiplin kerja masing-masing.

“Mereka layak memiliki semua anugerah yang mereka pegang selama ini kerana semangat dan dedikasi mereka sepanjang berada dalam industri perfileman ini,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN