CENTHRA gesa kerajaan iktiraf perarakan March to Gaza

CENTHRA gesa kerajaan iktiraf perarakan March to Gaza

AZRIL MOHD. AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengiktiraf gerakan Global March to Gaza yang akan berlangsung antara 12 hingga 20 Jun 2025 yang melibatkan 5,000 peserta di 32 buah negara

Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd. Amin berkata, perarakan global tu adalah aman, tidak berpihak, dan menghormati kedaulatan Mesir.

Jelasnya, penganjuran perarakan itu bukan usaha untuk menembusi Gaza secara paksa tetapi untuk menjadi saksi, menuntut akses, dan membentuk momentum global. 

Menurutnya, tujuan penganjuran itu jelas untuk menuntut pembukaan laluan Rafah untuk bantuan kemanusiaan segera dan menamatkan perang genosid itu. 

“CENTHRA menyeru kerajaan Malaysia mengiktiraf secara rasmi gerakan ini serta menggunakan saluran diplomatik, ASEAN, OIC, dan UNGA serta menggerakkan masyarakat madani, badan profesional, persatuan mahasiswa, organisasi agama dan warganegara yang prihatin untuk menyatakan sokongan.

“Dalam menghadapi keganasan besar-besaran, sikap berkecuali adalah bersubahat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu mendesak kerajan agar menzahirkan kepimpinan berprinsip melalui pengaktifan Perkara 377(a) Piagam PBB. 

“Sidang Khas Kecemasan Perhimpunan Agung mesti diadakan segera untuk melepasi kebuntuan Majlis Keselamatan, menguatkuasakan langkah mengangkat sekatan, menghentikan genosid, dan memastikan pertanggungjawaban undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN