Buli MRSM: Lima pelajar dibebas, dua masih ditahan

Buli MRSM: Lima pelajar dibebas, dua masih ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, yang ditahan bagi membantu siasatan kes buli rakan sekolah mereka dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, dua lagi pelajar dijangka dibebaskan esok. 

“Walaupun mereka dibebaskan dengan jaminan polis, keluarga pelajar yang terlibat akan dihubungi oleh pegawai penyiasat kes untuk prosedur seterusnya. Sementara itu siasatan masih diteruskan dengan mendapatkan laporan prestasi pelajar dan laporan perubatan.

“Selain itu, polis masih mengesan saksi-saksi yang melihat kejadian dan melengkapkan kertas siasatan.  Kertas siasatan seterusnya akan dirujuk ke kamar timbalan pendakwa raya bagi tujuan arahan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN