‘Brek bas gagal berfungsi, saya cuba elak keadaan jadi lebih teruk’

‘Brek bas gagal berfungsi, saya cuba elak keadaan jadi lebih teruk’

BAS persiaran dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terlibat dalam nahas jalan raya di Ki­lometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JR­TB), Jeli-Gerik, Perak, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemandu bas secara terbuka memohon maaf kepada keluarga pelajar Universiti Pen­didikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim termasuk 15 yang terkorban selepas kenderaan dipandunya terbabas diJalan Raya Timur-Barat (JR­TB), Jeli-Gerik, kelmarin.

Mohd. Amirul Fadhil Zulkifle, 39, berkata, peringkat awal perjalanan bas dari Terengganu itu berada dalam keadaan baik.

Katanya, secara tiba-tiba dia mendapati brek bas gagal berfungsi dan telah berusaha pelbagai cara untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas kosong, semuanya jadi tidak berfungsi termasuk brek tangan manakala gear juga tidak boleh ditukar. 

“Seingat saya, empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian. Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang mempunyai dashcam. Saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Katanya, meskipun bas tersebut seolah-olah nampak dipandu laju dan cuba memotong, hakikatnya dia berusaha elak melanggar kenderaan lain.

“Saya tidak laju seperti tular kerana saya arif dengan laluan Jeli-Gerik, lebih-lebih lagi lokasi menuruni bukit,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×