Bekas trio berbisa TRW kembali berganding lawan Kedah - Utusan Malaysia

Bekas trio berbisa TRW kembali berganding lawan Kedah

PIALA yang akan menjadi rebutan pada aksi Ex-The Red Warriors (TRW) Treble menentang Double Treble Kedah dalam di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan, Jumaat ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas trio berbisa Kelantan akan kembali berganding mengetuai jentera serangan pada aksi persahabatan amal Ex-The Red Warriors (TRW) Treble menentang Double Treble Kedah dalam di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Jumaat ini.

Trio itu ialah bekas penyerang kebangsaan Lubnan, Mohamed Ghaddar, Nor Shahrul Idlan Talaha (Matyo) dan Indra Putra Mahayuddin.

Penganjur Mohd. Shukry Pauzi berkata, kehadiran trio berkenaan bakal menggamit kembali kenangan di era kegemilangan TRW sekali gus menjadi daya penarik utama kehadiran penyokong serta pemimat bola sepak Kelantan ke stadium.

“Kehadiran Ghaddar bakal memecahkan suasana Stadium Sultan Muhammad IV kerana ramai merindui aksinya di atas padang. Kita ada masa cukup singkat untuk mempromosikan perlawanan persahabatan amal ini tetapi diharap ia bukan faktor penghalang kehadiran penyokong.

“Kita juga sedang berbincang dengan Dickson Nwakaeme sekiranya dia sudi bermain sekali lagi pada perlawanan tersebut seandainya masih berada di Kelantan ketika itu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penajaan (Kelantan WTS FC & Nara United) dan Perluasan Empayar PUC Sprot Thailand, di sini malam tadi.

Mohd. Shukry yang Ketua Pegawai Eksekutif PUC Sport, memberitahu, perlawanan bertujuan menghidupkan ‘mood’ bola sepak Kelantan selepas tiga pasukan dari negeri ini akan bersaing di Liga M musim 2025-2026.

“Kita rasa bangga apabila Kelantan Wan Tendong Stable FC (Kelantan WTS FC) dan Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) bakal membawa nama negeri di pentas Liga A1 Semi Pro, manakala Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di pentas Liga Super,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN