Barangan peribadi mangsa diserah kepada waris hari ini

Barangan peribadi mangsa diserah kepada waris hari ini

MD. Amin Md. Taff melihat barangan milik mangsa yang ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Barangan peribadi milik 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik akan diserahkan kepada waris, hari ini.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, ia akan diserahkan di kampung halaman masing-masing di Terengganu.

Menurutnya, barangan peribadi yang terdapat di kolej kediaman adalah seperti motosikal, buku, pakaian dan peralatan elektrik telah dikumpulkan secara sistematik.

“Kita menggunakan sebuah trak pikap, sebuah van dan lori,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Md. Amin, usaha itu merupakan salah satu inisiatif UPSI bagi meringankan beban keluarga mangsa, selain menunjukkan keprihatinan tinggi dalam situasi menyedihkan.

Berhubung kutipan Tabung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Tabung UPSI Prihatin, Md. Amin berkata, kedua-duanya dalam proses kutipan dan hasilnya akan diserahkan pada mereka yang layak, kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN