Bangga wakil negara perkenal budaya Malaysia

Bangga wakil negara perkenal budaya Malaysia

NUR ARDIANA MOHAMMAD DANIEL YEWSOF menerima sijil penghargaan dan sumbangan disampaikan yangvdisampaikan Dr. Othman Ibrahim(dua dari kiri) di Kluang, Johor baru-baru ini. – UTUSAN/ ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mewakili negara untuk memperkenalkan budaya Malaysia ke luar negara bukanlah satu tugas mudah untuk digalas namun perlu dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan misi dan visi perancangan program tercapai.

Demikian tekad tertanam dalam diri Nur Ardiana Mohammad Daniel Yewsof,16, daripada Sekolah Menengah Sains (SMS) Sembrong (SASEM) yang terpilih untuk mengikuti Program Asia – Kakehashi di Jepun selama empat bulan bermula 21 Ogos tahun ini.

Menurut Ardiana, program tajaan AFS Antarabudaya Malaysia akan diwakili 10 pelajar tingkatan empat di semua sekolah seluruh negara dan dia merupakan wakil tunggal dari sekolah ini dalam program ini.

“Peluang ini tidak akan dipersia-siakan kerana disana nanti akan berpeluang untuk meningkatkan lagi pertuturan dalam bahasa negara matahari terbit itu dengan lebih baik daripada apa yang dipelajari di SASEM ini.

“Dalam masa sama, kami juga berpeluang memperkenalkan sebahagian budaya di negara ini agar dapat menarik rakyat di negara itu untuk turut sama mendalami budaya kita pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Pelajar.

Menurut anak sulung daripada enam adik beradik ini, dia berpeluang mempelajari bahasa Jepun ini merupakan sesuatu yang sudah diimpikan sejak mula belajar di sekolahnya.

Nur Ardiana berkata demikian selepas menerima sijil penghargaan dan sumbangan dalam Mesyuarat Agung ke-14 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMS Sembrong disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Profesor Madya Dr. Othman Ibrahim.

Sementara itu, Pengetua SMS Sembrong, Mazlan Sariyeo melahirkan rasa bangga dengan pemilihan salah seorang pelajar sekolah itu kerana difahamkan kira-kira 1,000 orang telah membuat permohonan dan hanya 10 orang yang terpilih.

Ujarnya, dengan pemilihan Nur Ardiana ini ia secara tidak langsung dapat memberikan cabaran kepada pelajar-pelajar lain untuk mengusahakan dapat menempatkan diri dalam program ini pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN