ATM laksana program digitalisasi di 38 sekolah

ATM laksana program digitalisasi di 38 sekolah

ADLY Zahari memakaikan lencana TV Pusat Sumber Sekolah (TVPSS) kepada seorang murid pada Majlis Peluncuran Program Digitalisasi Sekolah Dalam Kem di SK Sultan Sir Ibrahim, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan program digitalisasi secara berperingkat di 38 sekolah di dalam kem di seluruh negara bermula tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, inisiatif itu bagi membudayakan teknologi kreatif dalam kalangan anak-anak warga kementerian berkenaan.

Menurutnya, setakat ini tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim, SK Kementah dan SK TUDM Subang telah melaksanakan program tersebut bagi  melahirkan murid-murid fasih digital seiring era digital.

“Selain itu, program ini juga untuk mengupayakan warga pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan, memperkukuhkan infrastruktur dan kandungan pendidikan digital serta mengoptimumkan penglibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.

“Sebagai permulaan, pada tahun ini Kementerian Pertahanan menyasarkan projek rintis di tiga buah sekolah dengan kerjasama rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Pendidikan (KPM) dan Affin Bank Berhad,” katanya selepas peluncuran Program Digitalisasi Sekolah Dalam Kem (SDK) di SK Sultan Sir Ibrahim, di sini hari ini.

Pelaksanaannya di 35 sekolah lagi akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan pencapaian dan hasil daripada tiga buah sekolah perintis itu.

Beliau berkata, usaha itu juga bagi memperkukuh ekosistem kesejahteraan selaras dengan pelbagai agenda nasional, termasuk Agenda Membangunkan Negara Madani dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) serta cabaran dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Kementerian akan melihat perkembangan dan maklum balas daripada pihak sekolah yang terlibat sama ada program ini perlu ditambah baik lagi,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN