Anggota tentera papar gambar di kelab malam berdepan

Anggota tentera papar gambar di kelab malam berdepan tindakan tatatertib

TENTERA DARAT MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anggota tentera yang tular kerana gambar berpakaian seragam bersama kekasihnya ditayangkan di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, berdepan dengan tindakan tatatertib.

Tentera Darat (TDM) maklum mengenai penularan gambar seorang lelaki berpakaian seragam tentera dengan latar belakang logo Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di sebuah premis hiburan.

Katanya, tindakan itu boleh mengundang persepsi negatif dan mencemarkan nama baik TDM memandangkan imej berkenaan dipaparkan di tempat serta atas tujuan tidak bermoral.

“TDM memandang serius perkara ini dan anggota telah disiasat oleh Cawangan Penyiasatan Khas (CPK).

“Siasatan akan menjurus kepada bagaimana perkara ini boleh berlaku serta mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang unsur pencemaran keselamatan sama ada terhadap anggota itu sendiri atau pun terhadap TDM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

TDM berkata, siasatan yang dijalankan itu juga akan mengenal pasti sekiranya terdapat penglibatan anasir-anasir subversif lain dalam kejadian itu.

“Sekiranya terbukti bersalah anggota boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan sedia ada kerana melanggar etika sebagai seorang anggota tentera dan menjejaskan nama baik TDM.

“TDM juga akan mempertingkatkan pemantauan penggunaan media sosial agar kejadian seperti ini dapat dikekang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN