Anggota polis, PGA berpakaian preman tangkap individu rentas sungai secara haram

Anggota polis, PGA berpakaian preman tangkap individu rentas sungai secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pegawai dan anggota risikan polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) akan berpakaian preman dalam usaha menangkap individu yang merentas Sungai Golok melalui pangkalan haram.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ia bertujuan memperkemas penugasan di kawasan sempadan terutama untuk memberkas individu merentas Sungai Golok secara haram.

“Kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dianggarkan sepanjang 136 kilometer.  Tidak dinafikan masih ada yang masuk dan keluar melalui pengkalan haram Sungai Golok.

“Oleh itu, saya mengambil langkah agar semua pegawai dan anggota polis termasuk PGA untuk menjalankan rondaan tanpa memakai uniform di sepanjang sempadan,” katanya dalam akhbar Program Ibadah Korban Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN