Anak muda perlu membentuk budaya kepemimpinan – Johari

Anak muda perlu membentuk budaya kepemimpinan – Johari

JOHARI (tiga dari kiri) sewaktu Majlis Penutupan Bengkel Impak Sosial dan Advokasi Rantau Asia-Pasifik (APR SIAW) 2025 di AnCasa Hotel, di sini, hari ini. UTUSAN/ HANAFI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak muda serantau digesa memahami budaya antara satu sama lain bagi membina kepemimpinan masa depan yang bersatu, saling menghormati dan bersedia berdepan cabaran dunia global.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, generasi muda bukan sahaja perlu dilatih dengan kemahiran kepimpinan, tetapi juga dibentuk untuk menghayati nilai toleransi, hidup bersama dan bekerja secara kumpulan kerana dalam dunia yang tidak boleh bergerak secara bersendirian.

Menurut beliau, usaha yang dilaksanakan menerusi platform kepengakapan mampu menjadi landasan terbaik untuk menanamkan semangat perpaduan serta diplomasi sejak di bangku sekolah lagi.

“Anak muda akan mewarisi negara dan mereka perlu bersedia untuk memahami jiran, menghormati budaya serta menerima hakikat bahawa kehidupan tidak boleh dijalani secara berasingan.

“Scouting diplomacy ini penting bukan hanya untuk membentuk kemahiran tetapi membina kesediaan kepimpinan yang memahami kepelbagaian dan bersatu membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Impak Sosial dan Advokasi Rantau Asia-Pasifik (APR SIAW) 2025 di AnCasa Hotel di sini, hari ini.

Program anjuran Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (Rantau Asia-Pasifik) bersama Persekutuan Pengakap Malaysia itu berlangsung selama empat hari bermula Khamis lalu dan menghimpunkan lebih 50 peserta dari 15 negara.

Johari turut menyifatkan penglibatan peserta dalam bengkel selama empat hari itu sebagai bukti bahawa usaha merapatkan hubungan antarabangsa dan memperkasakan suara belia mampu dilaksanakan secara konkrit melalui gerakan pengakap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN