PETALING JAYA: Kepemimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan bekas aktivis PKR digesa turun padang dan bertemu sekumpulan mahasiswa yang membakar karikatur menyerupai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Maszlee Malik berkata, kehendak sebenar mahasiswa itu perlu diketahui dan ia tidak mencukupi dengan hanya mengeluarkan kenyataan akhbar atau kecaman semata-mata. “Siswa tersebut akan berasa ditekan, diintimidasi, dizalimi dan…