Ajal ketika cari sarapan

Ajal ketika cari sarapan

KEADAAN kereta Proton Wira yang merempuh pokok di Jalan Persisiran Pantai Klebang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua sahabat menemui ajal selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Persisiran Pantai Klebang berhampiran lampu isyarat Hospital Oriental di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, pemandu kereta Proton Wira, Muhammad Nur Zamani Mohd. Nazery, 28, dan penumpang, Muhammad Haziq, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala, kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kenderaan itu dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Bukit Rambai sebelum dipercayai hilang kawalan dan terbabas.

“Kereta itu dipercayai melanggar kon penghadang jalan sebelum berpusing dan merempuh pokok di pembahagi jalan.

“Kedua-dua mangsa yang merupakan sahabat dan tinggal di taman perumahan sama dipercayai dalam perjalanan untuk bersarapan ketika kejadian berlaku,” katanya.

Christopher berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN