Ahli perniagaan rugi RM1.1j, terpedaya tawaran pekerjaan palsu - Utusan Malaysia

Ahli perniagaan rugi RM1.1j, terpedaya tawaran pekerjaan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan rugi sebanyak RM1.1 juta selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan palsu.

Ketua Polis Johor, Datuk M..Kumar berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu mengetahui tentang tawaran pekerjaan itu menerusi media sosial pada 26 Mac lalu.

“Mangsa dimaklumkan akan memperoleh komisen sebanyak 25 peratus bagi setiap barangan yang berjaya dijual.

“Mangsa tertarik dengan tawaran itu membuat transaksi kewangan ke 22 akaun bank berbeza antara 28 Mac hingga 13 Jun berjumlah keseluruhan RM1.1 juta,” katanya hari ini.

Kumar berkata, mangsa hanya menyedari tertipu apabila wang komisen dijanjikan masih tidak diperoleh dan kemudian membuat laporan polis kelmarin.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN