Agrobank transformasi Pulau Sri Tanjung ke arah ekonomi digital

Agrobank transformasi Pulau Sri Tanjung ke arah ekonomi digital

Agrobank memperkenalkan penggunaan kod DuitNow QR bagi memodenkan perniagaan tradisional dan memastikan penyertaan komuniti luar bandar dalam ekonomi digital di Pulau Sri Tanjung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT : Agrobank memperkenalkan penggunaan kod DuitNow QR sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai di Pulau Sri Tanjung bagi memodenkan perniagaan tradisional dan memastikan penyertaan komuniti luar bandar dalam ekonomi digital.

Lebih membanggakan, kaedah pembayaran digital ini berpotensi menarik lebih ramai pelancong dan mengukuhkan daya tarikan Pulau Sri Tanjung sebagai destinasi pelancongan serantau menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, ekosistem ekonomi di Pulau Sri Tanjung didominasi oleh aktiviti perniagaan yang berfokuskan kepada penjualan produk makanan yang dijalankan di atas bot-bot terapung.

Oleh itu, beliau berkata, pulau ini adalah salah sebuah destinasi ekopelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung.

“Dengan kehadiran pelancong sebanyak 2,000 hingga 3,000 orang sehari, ia membuka peluang yang signifikan untuk menjana pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.

“Menyedari keperluan untuk memodenkan perniagaan tradisional ini demi pertumbuhan yang mampan, penggunaan kod DuitNow QR Agrobank sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai utama memastikan penyertaan inklusif komuniti luar bandar dalam ekonomi digital.

“Inisiatif ini menyokong pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan pembayaran digital kepada penjaja tempatan, sekali gus menghubungkan komuniti pulau terpencil dengan perkhidmatan kewangan arus perdana dan mengurangkan risiko pengendalian wang tunai,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Wilayah Agrobank Pulau Sri Tanjung, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil.

Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, Agrobank telah membantu keseluruhan usahawan di Pulau Sri Tanjung yang terdiri daripada 60 orang penjaja bagi membuka akaun perbankan Agrobank.

Ini kerana, beliau berkata, inisiatif ini turut memberi manfaat kepada 450 orang nelayan di persisiran pantai yang dapat menikmati kemudahan transaksi perbankan digital.

“Untuk memastikan perkembangan Pulau Sri Tanjung, Agrobank akan melaksanakan
beberapa inisiatif berterusan termasuk mengenal pasti dan melantik ejen perbankan tempatan bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan kewangan untuk penduduk setempat.

“Selain itu, Agrobank akan turut menyediakan khidmat nasihat kewangan yang menyeluruh kepada para nelayan, khususnya berkaitan kemudahan pembiayaan yang bersesuaian dengan
keperluan mereka.

“Sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa komuniti, Agrobank juga akan menganjurkan sesi khas bersama sekolah-sekolah di sekitar pulau bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan perbankan kami,” katanya.

 

Ahmad Fathil Othman bersama isterinya.

Dalam pada itu, Peniaga lukisan batik, Ahmad Fathil Othman, 51 berkata, penggunaan kod DuitNow QR Agrobank banyak membantu beliau dalam perniagaan ketika ini.

Katanya, pengunjung lebih suka menggunakan pembayaran kod DuitNow QR berbanding tunai.

“Jualan sangat memberangsakan di sini, lukisan terjual biasa 300 keping. Pada cuti sekolah pernah mencecah RM 1000,” katanya.

Nur Aina Nabila Abdullah

Sementara itu, Peniaga pisang goreng, Nur Aina Nabila Abdullah, 27 berkata, kod QR yang disediakan Agrobank banyak memudahkan urusan peniaga di pulau ini.

Katanya, peniaga tidak perlu lagi untuk pergi ke bank atau mana kedai bagi menukar wang.

“Segalanya akan terus ke dalam akaun. Jadi kami tidak lagi memerlukan wang tunai.

“Memang ada pengunjung yang tanya mengenai kod QR ketika ingin membayar sebab sebelum ini saya tidak membuat bayaran secara dalam talian.

“Apabila kita menggunakan transaksi secara dalam talian ia sebenarnya memudahkan urusan jual beli dan menjamin keselamatan para peniaga,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN