Abdul Hadi dijangka keluar IJN dalam masa terdekat

Abdul Hadi dijangka keluar IJN dalam masa terdekat

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sedang menerima rawatan susulan prosedur jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang menziarahi Abdul Hadi di IJN hari ini.

Menurutnya, prosedur yang dijalankan adalah kompleks namun berjalan lancar dan perkembangan kesihatan Abdul Hadi kini menunjukkan pemulihan positif.

“Saya dimaklumkan bahawa walaupun prosedur yang dijalankan agak rumit, ia telah berlangsung dengan baik dan lancar.

“Insya-Allah, beliau dijangka pulang dalam masa terdekat. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Tuan Guru diberikan kesembuhan sepenuhnya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah Dr. Dzulkefly, rawatan Abdul Hadi dikendalikan oleh pasukan pakar IJN diketuai oleh Prof. Datuk Seri Dr. Jeswant Dillon dan Datuk Dr. Kumara Gurupparan, dengan sokongan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Ezani Md. Taib.

Turut terlibat dalam rawatan ialah Prof. Datuk Dr. Suhaini Kadiman, Datuk’ Dr. Ghazali Ahmad, Dr. Ismazizi Zaharudin, Datuk Dr. Amin Ariff Nuruddin dan Dr. Tey Yee Sin.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh Pasukan Kardiologi serta Surgeri Kardiovaskular dan Torasik IJN atas kecekapan serta dedikasi tinggi dalam menjalankan tanggungjawab merawat Presiden Pas itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN