4U2C gegar Idea Live Arena September ini - Utusan Malaysia

4U2C gegar Idea Live Arena September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat peminat untuk menyaksikan persembahan kumpulan hip hop popular era 90-an, 4U2C tercapai apabila ketujuh-tujuh anggotanya bergabung bagi menjayakan konsert We 4U2C Live In Concert 15 September ini.

Konsert yang bakal menyatukan semula AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam itu akan dipentaskan di Idea Live Arena.

“Kami adalah kumpulan pertama di Malaysia yang menghasilkan album berentak rap. 4U2C telah memulakan perjalanan dalam industri ini dengan lagu-lagu jenis itu.

“Tapi kami juga ingin berterima kasih kepada kumpulan KRU kerana mengadakan tahun ini mengadakan konsert sekaligus mengembalikan muzik era 90 an.

“Justeru kami juga mahu kembali menghiburkan dan memilih untuk membuat persembahan di Idea Live Arena,” kata AC.

Tiket berharga antara RM155 hingga RM555 akan dibuka untuk tempahan bermula 30 Jun ini menerusi platform Ticket Empire dan Fantopia.

Kata AC, tiket dijual dengan harga mampu milik untuk membolehkan peminat berhibur dan mengimbau nostalgia menerusi rangkaian lagu yang pernah dipopularkan 4U2C.

“Tiket dijual dengan harga mampu milik kerana kami mahu penonton menikmati persembahan era 90-an yang sebenar.

“Kami ingin berkongsi momen ini dengan keluarga kerana anak-anak tertawakan apabila kami beritahu bahawa kamilah 4U2C yang sebenarnya,” katanya.

Kata AC lagi, 4U2C menjanjikan persembahan terbaik, dengan susunan muzik lebih segar serta paduan vokal secara langsung kesemua anggota kumpulan itu pada konsert itu nanti.

“Kami akan sajikan persembahan yang berlainan dan yang pastinya kami akan mempersembahkan nyanyian secara live.

“Dan konsert itu nanti akan bertambah istimewa dengan sentuhan komposer terkenal, Aubrey Suwito selaku pengarah muzik,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN