13 penuntut UMPSA terlibat kemalangan di LPT Maran, selamat tiba di kampus 

13 penuntut UMPSA terlibat kemalangan di LPT Maran, selamat tiba di kampus 

Seramai 13 penuntut UMPSA yang terlibat kemalangan di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) (Arah Timur) di Maran selemat tiba di UMPSA Kampus Gambang di Gambang, Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 13 penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang terlibat kemalangan apabila bas ekspres dinaiki mereka  merempuh sebuah lori di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) (Arah Timur) di sini, awal pagi ini selamat kembali ke kampus. 

Naib Canselor UMPSA, Prof. Dr. Yatimah Alias berkata, penuntut terbabit dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada pukul 8.30 malam tadi dari Hentian Bas UMPSA Gambang.

Katanya, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan penuntut selamat tiba di kampus dengan menaiki bas ganti pengusaha bas berkenaan sekitar pukul 4 pagi ini.

“Dengan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), pelajar yang tiba di Masjid UMPSA Gambang disantuni serta diberikan bantuan dan sokongan segera seperti menyediakan makanan, sokongan emosi serta tempat kediaman sementara bagi tujuh orang pelajar Pekan,” katanya. 

Selain itu, UMPSA  juga menyediakan pax  bantuan yang merupakan makanan dan lain- lain keperluan segera buat pelajar. 

Katanya, UMPSA sentiasa mengambil serius tentang keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan pelajar dan mengingatkan mereka sentiasa mengutamakan keselamatan walau di mana berada. 

Operasi diketuai Pengerusi Institusi Kefeloan UMPSA, Nasrul Salim Pakheri bersama Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMPSA, Muhammad Haykal Halid. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN