100,000 pengunjung dijangka hadir PMR 2025 di Lumut

100,000 pengunjung dijangka hadir PMR 2025 di Lumut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Program Madani Rakyat (PMR) 2025 yang akan diadakan di di Lumut Waterfront, di sini, pertengahan bulan ini menyasarkan kunjungan lebih 100,000 pengunjung.

Sekretariat PMR 2025, berkata, program bermula 13 hingga 15 Jun itu memberi fokus kepada peranan institusi pendidikan tinggi (IPT) sebagai pemangkin dasar dan pembangunan inisiatif yang berpaksikan disiplin ilmu seperti penyelidikan, inovasi dan pemikiran kritikal.

Selaras dengan tema PMR Perak 2025 iaitu ‘Pendidikan Tinggi Pemacu Negara Madani’, ia dijangka menarik kehadiran pengunjung dari seluruh Perak serta dari zon utara dan tengah tanah air.

Antara pengisian menarik termasuk perkhidmatan touchpoint rakyat, inisiatif kesejahteraan komuniti, sesi bersama pemimpin serta aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Turut diadakan ialah pelbagai kaunter perkhidmatan bergerak daripada kementerian dan agensi Persekutuan serta negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), selain pengisian khas oleh Kerajaan Negeri menerusi reruai pembangunan Perak Sejahtera 2030.

Majlis penutupan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Jun, bersama barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Program anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) ini mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kerajaan Negeri Perak selaku tuan rumah.

Orang ramai dijemput hadir bermula jam 9 pagi hingga 10 malam (13 dan 14 Jun) serta 9 pagi hingga 6 petang (15 Jun). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN