War room PRN Sabah telah diaktifkan

War room PRN Sabah telah diaktifkan

AHMAD Maslan menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan kepada pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di SMK Ayer Baloi, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sekretariat War Room UMNO Sabah telah diaktifkan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ke-17 pada bila-bila masa.

Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau telah diarahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mengetuai gerak kerja bagi menghadapinya sejak tahun lalu.

Katanya, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin dipertanggungjawab untuk menerajui war room itu dengan fokus dan tumpuan diberikan di kawasan-kawasan Barisan Nasional (BN) dan UMNO bertanding.

“Peranan dan tanggungjawab sekretariat juga telah bertambah termasuk kepada pengundi muda, hubungan antara kaum, penerangan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, UMNO menyasarkan sekurang-kurang 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dimenangi, justeru pihaknya giat melakukan siri jelajah ke kawasan berkenaan.

Tambah Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kaedah pengumpulan maklumat dan data yang sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat (IT) merupakan kriteria penting untuk sesebuah war room.

“Kita perlu bergerak menggunakan pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, TikTok bagi memastikan kita mampu mendapat maklumat dengan tepat dan berkesan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN