Wanita warga emas rugi lebih RM600,000 terpedaya pelaburan dalam talian

Wanita warga emas rugi lebih RM600,000 terpedaya pelaburan dalam talian

RAUB SELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas rugi RM645,000 akibat terpedaya sindiket pelaburan saham dalam talian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia 61 tahun, tertarik dengan pelaburan tersebut selepas melihat iklan dalam aplikasi TikTok pada November lalu.

“Mangsa kemudian menghubungi nombor telefon tertera dan disambungkan kepada seorang ejen pelaburan. Ejen tersebut menawarkan saham pelaburan di Malaysia dan China.

“Mangsa tertarik kerana dijanjikan pulangan lumayan antara 200 hingga 600 peratus daripada jumlah pelaburan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa membuat 58 transaksi pemindahan wang ke 13 akaun berbeza antara 13 Januari hingga 9 April lalu berjumlah RM645,169.

“Mangsa bagaimanapun hanya menyedari telah ditipu apabila tidak menerima pulangan langsung daripada pelaburan dibuat,” katanya.

Katanya, pemeriksaan terhadap 13 nombor akaun itu mendapati kesemuanya dikaitkan dengan 90 kes penipuan dalam talian dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN