Wanita PKR laksana latihan awal hadapi PRN Sabah, PRU

Wanita PKR laksana latihan awal hadapi PRN Sabah, PRU

FADHLINA Sidek berucap merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita Keadilan di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Wanita PKR menyusun dan melaksanakan beberapa program lebih awal bagi memastikan agenda pengukuhan parti diperkasakan sebagai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketuanya, Fadhlina Sidek berkata, Timbalan dan Naib Ketua Wanita telah menyusun beberapa program termasuk latihan bagi hadapi cabaran lebih awal, iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, program yang dijenamakan sebagai ‘Run to Win’ mempunyai fokus yang jelas untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi parti tersebut.

“Latihan yang kita tumpukan ialah bukan sahaja bakat, malah sosok nak masuk PRU itu mesti dipersiapkan idealisme, kebolehan percakapan, latihan data, kebolehan menguasai hati pengundi dan diberikan keyakinan sebagai calon.

“Jadi, kita juga susun dalam konteks bukan sahaja latihan, malah juga dana. Inisiatif penubuhan Tabung 30WReps bagi membantu wanita parti yang akan bertanding sebagai calon PRN Sabah, PRU dengan dana permulaan sebanyak RM50,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya, Juwairiya Zulkifli.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, dengan adanya penubuhan Tabung 30WReps, calon wanita tidak perlu memikirkan dari segi dana ketana parti sudah ‘membuka jalan’ buat mereka.

Katanya, inisiatif ini adalah cabaran besar bagi seorang calon dalam raya adalah menyediakan dana, khususnya bagi calon wanita.

“Begitu juga dengan sokongan mencungkil bakat dan potensi menerusi Sekolah Wanita Keadilan (SWAN) yang telah pun kita pelopori.

“Insya-Allah, kita akan terus perkukuhkan dengan memastikan bahawa sekolah ini dapat kita kembangkan lagi di seluruh negara dan setakat ini kita buat mengikut zon, belum secara khusus di setiap negeri,” katanya.

Pengezonan yang akan dibuat secara spesifik itu mampu mengesan lebih banyak bakat dan potensi untuk diperkukuhkan, khususnya memastikan wanita PKR benar-benar bersedia untuk memimpin negara dan Johor sebagai lokasi terbaik untuk mengesan bakat tersebut.

“Kita menang tujuh kerusi Parlimen di Johor dibantu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH). Jadi, Johor bukan sekadar lokasi semata-mata, tetapi adalah kuasa terbesar kita di sini khususnya koridor kuasa kemenangan PRU.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN