Wanita hilang: Tiada tuntutan wang tebusan dibuat - Polis

Wanita hilang: Tiada tuntutan wang tebusan dibuat – Polis

DATUK RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada tuntutan wang tebusan dibuat oleh mana-mana individu membabitkan kehilangan wanita ketika dalam perjalanan ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

“Kes masih dalam siasatan,” katanya ringkas.

Polis sebelum ini mengklasifikasikan kehilangan wanita itu sebagai kes culik.

Laporan polis berkaitan kehilangan wanita berusia 42 tahun itu diterima di Balai Polis Presint 7 Putrajaya pada pukul 3.02 petang, hari sama.

Ketidakhadiran wanita itu pada 9 April lalu disahkan oleh pihak SPRM.

Kehadiran wanita itu ke SPRM bukan kali pertama sebaliknya beberapa kali untuk memberi keterangan berkaitan kes disiasat suruhanjaya terbabit.

Beberapa saksi termasuk pegawai SPRM dan peguam mangsa telah dirakamkan keterangan untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya