Utamakan lembu tempatan untuk ibadah korban

Utamakan lembu tempatan untuk ibadah korban

TUAN MOHD. SARIPUDIN TUAN ISMAIL  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan lembu-lembu tempatan bagi menjalankan ibadan korban yang lebih terjamin dari sudut kualiti dan kesihatannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Datuk Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, setakat ini Kelantan belum merekodkan penularan penyakit brusella abortus pada ternakan lembu yang dikatakan boleh mengancam nyawa pemakan daging.

“Kerajaan negeri belum mendapat data sebenar mengenai penularan penyakit tersebut tetapi buat masa ini kebanyakan kes berlaku di luar Kelantan. Jadi tidak ada apa-apa ancaman untuk rakyat di negeri ini memakan daging lembu tempatan termasuk untuk ibadat korban.

“Untuk ibadat korban, pilihlah ternakan yang terbaik, iaitu lembu-lembu keluaran tempatan yang kualitinya lebih baik berbanding tempat lain, tambahan pula kita kenal penternaknya,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini akan terus diperketatkan dalam usaha membendung kemasukan lembu-lembu seludup dari negara jiran yang dibimbangi terkena jangkitan antraks sekali gus boleh membawa maut kepada orang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN