KUALA LUMPUR: UMNO diingatkan supaya tidak statik dan tidak lagi bergantung kepada pendekatan lapuk dalam mendepani dinamika landskap politik masa kini sebaliknya parti itu mestilah menjadi pragmatik. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, landskap politik masa kini sudah berubah sifatnya kerana ia kini menjadi sukar diramal, terbuka dan amat dinamik. Katanya, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tiada lagi parti politik yang dominan sebaliknya terpaksa bergabung, berunding…