Tular video pelajar OKU dibuli di GiatMara Durian Tunggal

Tular video pelajar OKU dibuli di GiatMara Durian Tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) didakwa menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lain di GiatMara Durian Tunggal di sini, sehingga mencetuskan kemarahan netizen selepas video kejadian itu tular dalam media sosial.

Pendedahan itu dibuat seorang pemuda menerusi klip video berdurasi dua minit yang memaparkan dirinya berbual dengan mangsa di gelanggang badminton sebelum pelajar OKU itu meluahkan perasaan.

“Dipendekkan cerita, agak mengejutkan bila kawan baru aku ini yang merupakan OKU lembam pembelajaran menjadi mangsa buli. Semua dakwaan itu ada disertakan bersama video sebagai bukti.

“Dia tengah tidur kena baling botol, tengah belajar budak-budak ini angkat motosikal dia simpan dalam sangkar. Bila kes ini melibatkan OKU, orang yang buli itu memang pengecutlah,” katanya.

Pemuda itu turut meminta orang ramai menularkan video berkenaan sebagai tekanan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.

Video itu turut menunjukkan dengan jelas wajah beberapa pelajar yang dipercayai terlibat dalam insiden buli berkenaan

Setakat ini, Utusan Malaysia masih menunggu maklum balas daripada pengurusan GiatMara itu dan pihak berkuasa.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyeru para pelajar supaya tidak takut melaporkan perbuatan buli.

Sebelum ini, Mara telah menamatkan pengajian tujuh pelajar selepas video insiden buli di Maktab Rendab Sains Mara (MRSM) Pulau Pinang tular, menunjukkan seorang pelajar lelaki dihempap rakan-rakannya di atas katil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya