Tujuh kes salah guna LPG bernilai RM68,000 di Terengganu

Tujuh kes salah guna LPG bernilai RM68,000 di Terengganu

MOHD. Mufsi Lat (empat dari kiri) ketika merasmikan latihan pengendalian senjata api dan peluru di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu mengesan tujuh kes penyalahgunaan  gas petroleum cecair (LPG) daripada 164 pemeriksaan menerusi Op Gasak di seluruh negeri, sejak Mei lalu.

Pengarahnya, Mohd. Mufsi Lat berkata, tujuh kes tersebut melibatkan empat daerah iaitu empat kes di Dungun manakala Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut masing-masing satu kes melibatkan rampasan  kira-kira RM68,000. 

“Sasaran pemeriksaan adalah di semua hotspot berisiko tinggi, antaranya di depoh penyimpanan, pemborong, peruncit, pengangkutan atau logistik LPG serta dobi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas latihan pengendalian senjata api dan peluru di Lembah Bidong di sini. 

Mohd Mufsi berkata, semua kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Peraturan 13(1) Peraturan yang sama.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN