Tiada apa-apa tindakan tiga bulan pertama pelaksanaan tanda harga ubat

Tiada apa-apa tindakan tiga bulan pertama pelaksanaan tanda harga ubat – KKM

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berhasrat untuk mengenakan apa-apa tindakan termasuk notis saman kepada farmasi atau fasiliti kesihatan swasta yang dikenal pasti tidak meletakkan tanda harga ubat dalam tempoh tiga bulan pertama pelaksanaan inisiatif tersebut.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) KKM, Dr. Azuana Ramli berkata, tempoh tiga bulan itu berfungsi sebagai ‘tempoh berlembut’ untuk memberi advokasi kepada fasiliti terlibat sebelum tindakan penguatkuasaan dimulakan.

“Dalam fasa ini, ia akan menjadi proses bagi kedua-dua pihak iaitu kerajaan serta pemegang taruh untuk belajar dan menjelaskan perkara yang perlu dilakukan.

“Pada masa sama, kami juga akan melihat bagaimana perintah itu dilaksanakan. Justeru itu, tiada hasrat untuk mengenakan sebarang tindakan sepanjang tempoh terbabit termasuk mengeluarkan saman,” katanya menerusi sesi taklimat media berhubung inisiatif pemaparan harga ubat di kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Azuana berkata, selepas tamat tempoh tiga bulan tersebut, kementerian akan mempertimbangkan sekiranya terdapat keperluan untuk melanjutkan tempoh advokasi berkenaan.

“Tindakan serta denda yang boleh dikenakan kepada pihak tidak mematuhi paparan harga terbabit ada dinyatakan dalam perintah berkenaan. Namun dalam tempoh penguatkuasaan pendidikan ini, kami akan semak semula setakat mana pencapaian kebolehlaksanaan perintah itu.

“Dari situ, kami akan lihat semula sama ada terdapat keperluan untuk menambah tempoh atau terus melaksanakan penguatkuasaan secara menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KKM menerusi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi setakat ini belum turun ke lapangan bagi melakukan pemeriksaan ke atas premis farmasi atau fasiliti kesihatan swasta susulan pelaksanaan perintah tersebut bermula semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, tiada sebarang bentuk saman dikeluarkan pihaknya pada hari pertama pelaksanaan perintah itu.

Ia susulan dakwaan seorang doktor mengenai pihaknya diugut dikenakan saman oleh pegawai penguatkuasa KPDN seperti tular di media sosial, namun, Azman menegaskan, perkara itu tidak berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya