PETALING JAYA:”Kalau nak percaya, lantaklah.”
Demikian respons pelakon, Tony Eusoff berhubung dakwaan dia sebagai individu yang dirakam dalam sebuah video lucah yang tular menerusi aplikasi X.
Kata Tony, dia enggan melayan dakwaan-dakwaan sedemikian dan menganggap perkara itu tidak membawa manfaat kepada mana-mana pihak.
”Inikah fokus mereka, cari perkara seperti itu? Tak apalah, saya hormati jika itu yang mereka cari di Internet.
”Tumpuan saya hanya kerja, asalkan tidak mengganggu orang lain. Kalau tak boleh senangkan, janganlah pula susahkan hidup orang lain,” katanya pada sidang media selepas tayangan filem terbarunya, Balas Balik, semalam.
Sebelum ini tular di media sosial sebuah rakaman tidak senonoh seorang lelaki yang didakwa netizen sebagai pelakon itu.
Tony bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan dakwaan tersebut dan menyerahkan kepada netizen untuk membuat penilaian.
”Mahu percaya atau tidak, terserah. Tiada gunanya saya mengiyakan atau menafikan hal ini.
”Banyak lagi perkara penting yang perlu saya berikan perhatian, antaranya kerja. Dengan kerja, masa depan saya terjamin.
”Fokus saya sekarang ini juga adalah untuk jaga ibu saya yang uzur.