‘Takkan nak biar orang mengotak-ngatikkan filem kita’ - Utusan Malaysia

‘Takkan nak biar orang mengotak-ngatikkan filem kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon filem 6 Jilake, Amerul Affendi, berpendapat sebuah gerakan mengajak orang ramai menyokong naskhah tempatan yang sedang tayang di panggung perlu diwujudkan.

Jelas Amerul atau Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, pelakon yang mempunyai pengaruh wajar menjadi pemula kepada gerakan itu dengan berkempen di media sosial.

“Sebenarnya gerakan itu harus datang daripada pelakon filem itu sendiri.

“Takkan kita letih buat filem, kemudian biar orang lain mengotak-ngatikkan filem kita?
Kemudian kita biarkan pula satu pihak sahaja buat promosi.
“Sebagai pelakon, kita kena bantu juga penerbit sebab mereka keluarkan duit untuk buat filem, takkan kita mahu mereka sahaja menanggung kerugian? Perlu ada belas kasihan.

“Saya buat begitu (kempen) kerana penerbit memberikan kebebasan kepada pengarah dalam bab kreatif, saya terpanggil nak bantu supaya mereka dapat kembali modal mereka,” katanya.

Amerul ditemui Utusan Malaysia di sidang media drama Tonton Original: Bru di Bangsar, semalam.

Dalam pada itu, pelakon Terbaik Dari Langit itu juga menegur sikap pengurusan panggung yang gagal mematuhi arahan tayangan dua minggu menerusi Skim Wajib Tayang.

“Sepatutnya filem di bawah Skim Wajib Tayang perlu ditayangkan selama dua minggu. Tapi ada panggung yang suka hati tarik tayangan pada minggu pertama.

“Apa yang membuatkan saya bersuara di media sosial sebelum ini kerana pada 1 Mei, ramai yang cuti mahu keluar menonton wayang. Tapi slot tayangan tiada membuatkan sukar nak hit minggu kedua,” jelasnya.

Tambahnya lagi, selepas memuat naik video di media sosial, lebih ramai yang datang ke pawagam untuk menonton 6 Jilake membuatkan pihak panggung melanjutkan tempoh tayangan.

“Bagaimanapun, saya tak boleh salahkan mereka sahaja sebab ini adalah perniagaan, kita faham.

“Pawagam beritahu, mereka akan buka kembali tayangan bila ramai yang mahu tonton.

“Alhamdulillah terbukti, ramai yang datang untuk menonton membuatkan pihak panggung mahu lanjutkan tayangan sehingga hujung minggu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pawagam kerana memahami penonton kita. Suara kita didengari, berkat sokongan daripada penonton juga,” ceritanya.

Amerul Affendi merupakan pelakon utama 6 Jilake sebagai Kuping. Turut sama menjayakan naskhah itu ialah Bell Ngasri, Saiful Apek, Asmidar dan Datuk Fauziah Nawi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya